YI694: FUNGSI FORMULA FIZIK

NURUL IMAN BINTI HAFIS SMK TAMAN SEJAHTERA

Permasalahan yang sering berlaku oleh murid sewaktu menjawab soalan peperiksaan adalah murid lupa atau keliru denga apa yang telah dipelajari. Hal ini berlaku pada murid yang lemah mahupun cemerlang. Rujukan yang ada sewaktu menjawab peperiksaan fizik hanyalah senarai formula di muka surat 2 dan 3. Oleh itu Fungsi Formula Fizik diperkenalkan bagi membantu pelajar memanfaatkan sepenuhnya formula yang diberikan. Dengan menggunakan aplikasi Fungsi Formula Fizik, murid mendapat idea dengan mengingati apa yang telah dipelajari. Teknik ini telah diaplikasikan di bilik darjah dan memperolehi keputusan yang amat memberangsangkan. Dengan aplikasi ini, murid dapat mengulangkaji fizik hanya di telefon pintar