ERRICSON PHILPS JAYYAN ANAK GASAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENRISSEN
DROP ME IN TO ENDOCRINE
ERRICSON PHILPS JAYYAN ANAK GASAN
AARON MAXHEAL LEE
DARRIEL DARWIS ROLAND
DRAYDEN AIDEN DELVIS ANAK KLI
HARIZ DARWISY BIN HAFIZUDDIN
GURU PEMBIMBING: CIKGU NURNADIA IZZATIE BINTI ALIAS
Permainan "DROP ME IN TO ENDOCRINE" telah direka untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar mengenai tajuk kelenjar endokrin melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan mencabar. Dalam permainan ini, pelajar menjatuhkan bola melalui struktur paku yang mewakili pelbagai tahap kesukaran, di mana di hujung paku mempunyai tiga tahap soalan berkaitan dengan kelenjar endokrin dan fungsi-fungsinya. Bola yang melalui paku akan mendarat di petak yang berbeza, setiap satunya mewakili tahap kesukaran dan jenis soalan yang perlu dijawab oleh pelajar. Objektif permainan ini adalah untuk membantu pelajar memahami dan mengingati maklumat tentang kelenjar endokrin, termasuk lokasi, fungsi, dan hormon yang dihasilkan, dengan cara yang menyeronokkan dan kompetitif. Permainan ini dilihat dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai kelenjar endokrin serta keterlibatan mereka dalam proses pembelajaran. Permainan ini berjaya meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep-konsep asas kelenjar endokrin dan memperbaiki kemahiran mereka dalam mengaplikasikan pengetahuan ini dari pelbagai tahap. Kesimpulannya, "DROP ME IN TO ENDOCRINE" adalah alat pembelajaran yang berkesan dan menarik, dengan potensi besar untuk memperkayakan pengalaman pendidikan dalam subjek sains tingkatan 4.