PRO811: Inovasi Im-CK

Prof. Madya Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.1081 | 4 Likes | 37 Views | 82 times | LS: 86.4
Like it? | Support them now!

Multimedia dalam pendidikan merupakan cara baru yang menarik dalam proses pembelajaran. Sebuah perisian pendidikan atau dipanggil koswer yang interaktif dibina dalam projek ini. Koswer yang interaktif ini dapat menyokong kaedah pembelajaran pelajar melalui mendengar dan menjawab persoalan serta bertujuan membantu dalam menambah bilangan kosa kata yang ada pada minda murid, meningkatkan minat murid untuk lebih berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Koswer ini juga dapat memperbaiki sebutan kosa kata bahasa Inggeris murid sekali gus mencapai tahap kemahiran kognitif pembelajaran berasaskan Taksonomi Bloom, iaitu asas kemahiran pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Kesimpulannya, koswer ini didapati bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid tetapi turut bermanfaat kepada masyarakat.