KVO761: Multi Deshoes

Nurin Nabilah Binti Afandi KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0909 | 6 Likes | 66 Views | 79 times | LS: 85.5
Like it? | Support them now!

Rak kasut merupakan sebuah perabot yang perlu ada di setiap tempat seperti rumah agar kawasan tersebut kelihatan lebih bersih dan kemas. Oleh itu, kami telah membina sebuah produk yang diberi nama multi deShoes. Nama ini diberi kerana kegunaannya yang pelbagai dan ia dihasilkan dengan menggunakan bahan binaan kayu. Matlamat utama penghasilan produk multi deShoes ini adalah untuk menyelesaikan masalah penyimpanan dan penyusunan kasut yang berselerak dan tidak kemas . Dalam produk ini , kami menghasilkan tempat penyimpanan payung dibahagian tepi rak untuk memudahkan pengguna meletakkan payung di tempat tersebut. Kami dapat menghasilkan produk ini dengan berinsipirasikan rak buku moden yang diubahsuai menjadi rak kasut dan digabungkan dengan ruang penyimpanan payung serta tempat untuk meletakkan hiasan seperti tanaman di dalam pasu bagi mencantikkan kawasan tersebut . Oleh itu, kami telah berjaya menghasilkan rak kasut ini dengan pelbagai kegunaan berdasarkan masalah yang telah kami analisis.