PRO759: 3in1 WrapEazy

SHAMIMI BT MOHD ZAKI KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HJ. MUHAMAD SHARIP

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 28 Views | 89 times | LS: 89.0
Like it? | Support them now!

Shamimi binti Mohd Zaki, Nor Shafiza binti Suhaimay, Noor Ainon binti Abu Bakar Kolej Vokasional Dato’ Undang Hj. Muhamad Sharip Abstrak Aspek kebersihan dalam penyediaan makanan sangat ditekankan dalam pelaksanaan PdPc bagi Program Seni Kulinari. Tambahan pula 70% daripada peruntukan Student Learning Time (SLT) adalah melibatkan waktu amali di bengkel. Cling wrap sangat kerap digunakan semasa proses penyediaan bahan, penyediaan makanan dan ketika menghidang. Parchment paper dan Cling wrap yang digunakan adalah jenis industri. Oleh itu ia berat dan besar menyebabkan ia perlu dikendalikan oleh dua orang pelajar. Tiada alat pemotong disediakan. Manakala bagi aluminium foil pula, kotak dan pemotong pada kotak mudah rosak dan sukar digunakan. Pelajar sering tercari-cari alat pemotong seperti pisau dan gunting. Ini melambatkan kerja amali di bengkel. Selain itu cling wrap dan aluminium foil sering berpindah tangan, tersalah letak dan hilang. Kajian terhadap isu-isu ini telah memberi cetusan idea kepada kami untuk menghasilkan produk inovasi 3 in 1 WrapEasy. Produk inovasi ini membolehkan parchment paper, cling wrap dan aluminium foil diletakkan pada satu tempat khas yang sama disamping memudahkan pengendalian kerana boleh dikendalikan oleh seorang pelajar sahaja sekaligus menjadikan ia lebih hygiene atau bersih, lebih statik, tidak mudah hilang atau berpindah tangan. Inovasi ini membantu menjimatkan masa dan tenaga guru serta pelajar ketika PdPc kerana 3 in 1 WrapEasy mempunyai tempat letak khas diperbuat daripada paip PVC dan kayu . Cling wrap dan aluminium foil yang berada di ketinggian yang sesuai hanya perlu ditarik sahaja ke hadapan atau ke bawah, menutup makanan yang disediakan dibawah dan boleh terus dipotong kerana mempunyai mata pemotong khas yang mudah digunakan. Kesimpulannya 3 in 1 WrapEasy sangat memudahkan, hygiene dan menjimatkan masa dan tenaga. PdPc penyediaan makanan semasa amali dapat dijalankan dengan lancar.Kata Kunci : 3 in 1 WrapEazy