Ts. ROGHDARYANTI BINTI HASHIM KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM
Basic Network Trainee adalah satu projek inovasi Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi tenaga pengajar Sistem Komputer dan Rangkaian. Projek ini memudahkan tenaga pengajar mengaplikasikan kemahiran asas kabel rangkaian di dalam kelas. Kaedah sedia ada yang agak rumit menyebabkan pengajar mengambil masa yang lama untuk membuat persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Projek ini mempunyai peranti rangkaian seperti router dan switch. Selain itu, projek ini menggunakan mini komputer yang membolehkan projek ini lebih fleksibel dan mudah untuk diuruskan. Dengan menggunakan projek inovasi ini, pengajar boleh melakukan pengujian terhadap router, switch dan sambungan kabel UTP secara terus. Tambahan lagi, projek ini mempunyai nota rujukan melalui imbas kod QR atau teknologi Near Field Communication (NFC). Projek ini memberi impak yang besar terhadap kefahaman pelajar mengenai topik yang berkaitan.