PRO482: PORIZ

MASAYU BINTI MUHAMAD JEMAAH NAZIR NEGERI JOHOR

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 17 Views | 119 times | LS: 119.0
Like it? | Support them now!

PORIZ merupakan sebuah alat inovasi pengurusan sisa makanan secara sistematik untuk menghasilkan kompos organik. Nama PORIZ diambil sempena penggunaan teknik biopori kepada tanaman di dalam pasu dan digunakan di Pejabat Jemaah Nazir Negeri Johor. Objektif penghasilan PORIZ ini adalah bertujuan untuk memupuk amalan rendah karbon dalam kalangan warga Jemaah Nazir Negeri Johor dengan mengasingkan sisa makanan untuk digunapakai sebagai kompos. Kedua, alat ini juga bertujuan untuk mengelak daripada kehadiran agas apabila sisa makanan tidak diurus secara sistematik. PORIZ ini juga menyambut baik matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDGs) iaitu SDG 11 di mana Jemaah Nazir menjadi organisasi yang menyumbang ke arah bandar lestari dan SDG 12 iaiu tanggungjawab seluruh warga Jemaah Nazir Negeri Johor terhadap kelestarian alam. Kos pembuatan PORIZ yang murah dan mudah dibuat dapat membantu penghasilannya dalam skala yang banyak dan boleh diguna pakai di kedua-dua aras bangunan. Kami berharap inovasi ini dapat digunapai di seluruh pejabat dan di rumah kediaman bagi membantu melestarikan alam sekitar.