JI475: TEKNIK VR & AR MENINGKATKAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KONSEP SAINS

TAN QI HAN SJKC JIT SIN B

Inovasi ini memperkenalkan teknik Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR) untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pembelajaran Sains. Secara umumnya, murid-murid sekolah rendah kurang berminat terhadap konsep sains dengan pembelajaran cara tradisional. Pendekatan pembelajaran tradisional adalah tidak menarik dan tidak dapat memotivasikan murid-murid sekolah rendah untuk belajar konsep sains dengan berkesan. Dengan menggunakan teknik VR dan AR, murid-murid boleh menyusulkan soalan semasa mereka sedang menggunakan isi kandungan maya tersebut. Inovasi ini dapat membantu murid-murid berinteraksi dengan platform CoSpaces Edu, iaitu platform yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk mencipta kandungan VR dan AR sendiri. CoSpaces Edu membolehkan murid-murid membina ciptaan 3D, menganimasikannya dengan kod dan menerokanya dengan cara yang ajaib. Teknik VR dan AR dapat meningkatkan minat dan motivasi murid-murid sekolah rendah terhadap pembelajaran konsep sains.