JI463: KAD SNAP LUGHAWI

AZEEM IMAAN BIN AHMAD BUKHARI SK TAMAN MELAWATI

I3DC24 | Junior Innovator (Online)

CR: 0.2138 | 186 Likes | 870 Views | 296 times | LS: 521.8
Like it? | Support them now!

Kajian oleh Riner (2000), membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai bahasa asing adalah kesukaran untuk mengingat kosa kata. Saban hari murid-murid terdedah dengan pelbagai maklumat baru semasa proses PdPc menjadikan ingatan meraka akan mudah mengalami proses lupaan apabila terlalu banyak maklumat perlu disimpan (Mahamod,2013). Hal ini mengakibatkan murid-murid menjadi letih dan putus asa untuk menguasai subjek bahasa asing. Bagi mengelakkan hal ini, murid-murid perlu diberi pendedahan dengan penggunaan teknik mengingat secara lebih santai tanpa tekanan. Justeru, Snap Lughawi ini dicipta bagi membantu murid-murid tahun empat hingga enam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang lebih relaks terutamanya bagi meningkatkan penguasaan kosa kata. Nama Snap Lughawi dipilih bagi menerangkan konsep pengajaran yang ingin diterapkan. Diharapkan ia dapat menyuntik elemen keseronokan dalam pembelajaran dan penguasaan kosa kata murid selain daripada media elektronik yang menjadi pilihan bagi kebanyakan guru kebelakangan ini, Buat masa ini terdapat tiga tema yang telah dihasilkan dan mengandungi kosa kata berdasarkan sukatan DSKP Bahasa Arab KSSR Semakan 2017. Sebagai nilai tambah, terdapat juga elemen seperti perbandingan muzakkar (male) dan muannath (female) diterapkan. Hasil kajian mendapati, murid pasif menjadi aktif dalam kumpulan serta tahap daya ingatan murid semakin kukuh menerusi Snap Lughawi. Ini membuktikan ia sesuai dipraktikkan di kalangan murid-murid sekolah rendah.