PRO445: My_VCV

DR SUHAILI BINTI MOHD YUSOFF JEMAAH NAZIR NEGERI KELANTAN

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0171 | 2 Likes | 117 Views | 189 times | LS: 191.0
Like it? | Support them now!

Pengurusan maklumat digital dalam sektor perkhidmatan awam adalah signifikan dalam menjelmakan nilai yang ditekankan kepada penjawat awam, antaranya ialah nilai apresiasi inovasi. selain memenuhi tuntutan Revolusi Industri 4.0 iaitu pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi di tempat kerja, pengurusan maklumat digital dalam meningkatkan kualiti mengurus dan komunikasi juga seiring dengan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi oleh MOSTI serta Dasar Pendidikan Digital oleh KPM. Kaedah ini adalah signifikan dalam memastikan tugas yang dilaksanakan itu lebih efisien, proaktif, produktif dan mempunyai nilai tambah yang tinggi. justeru, Jemaah Nazir Negeri Kelantan sebagai pemacu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia telah mewujudkan My_VCV. Ia merupakan hub maklumat secara digital yang lengkap dan tersusun tentang tugas hakiki, pengalaman profesional dan kelayakan seseorang pegawai. My_VCV dipostulasikan menjadi data driven decision making (DDDM) semasa proses Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) melalui pemantauan dan penilaian secara maya oleh pegawai penilai selain ia juga merupakan curriculum vitae yang diurus secara berkala oleh pegawai. My_VCV berpotensi untuk menjadi bench marking kepada amalan terbaik dalam pengurusan maklumat digital khususnya di Jemaah Nazir KPM malah boleh diaplikasikan oleh bahagian lain di KPM termasuk di institusi pendidikan. Hub maklumat yang lengkap ini menjadikan ia sangat relevan untuk dipraktis sebagai pengurusan maklumat digital malah kalis masa hadapan. My_VCV juga amat relevan sebagai langkah persediaan awal yang lebih terancang dan sistematik bagi seorang pegawai pengurusan menghadapi Temuduga Profiling iaitu satu transformasi bagi kaedah pengambilan pegawai oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).