PRO402: MyFM Apps

Ts Siti Safuan Binti Kamaruddin Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 17 Views | 57 times | LS: 57.0
Like it? | Support them now!

Dalam menyahut Pelan Pendigitalan KPT, pencipta telah merekacipta sebuah aplikasi digital yang diberi nama MyFM Apps. Tujuan MyFM Apps dicipta untuk menggalakkan pelajar dan memudahkan pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin mendalami kursus Fluid Mechanics. Dengan adanya inovasi ini maka ianya memudahkan pensyarah mengendalikan pengajaran dan seterusnya memudahkan pelajar untuk mendapatkan bahan pembelajaran dan membuat penilaian kendiri melalui telefon pintar. Inovasi PdP ini dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Google Site sebagai teras utama. Google Site dipilih kerana paparan yang dihasilkan sesuai untuk telefon pintar, komputer dan tablet. Aplikasi ini mudah untuk diedit dan boleh dikemaskini bila-bila masa mengikut kehendak pengguna. Kemudian, ia ditukarkan dalam bentuk aplikasi telefon pintar menggunakan aplikasi Appsgeyser. MyFM Apps menawarkan video bimbingan soalan contoh daripada pensyarah dan video penambahan pengetahuan dari Youtube, soalan-soalan latihan, soalan peperiksaan lepas dan penilaian kendiri melalui aplikasi Quizziz.