PRO355: Pokok TemPuNom

HASSRINA BINTI HASSAN BASRI SK KAMPAR

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0156 | 1 Likes | 64 Views | 127 times | LS: 128.0
Like it? | Support them now!

Subjek Matematik seringkali melekat dengan stigma sebagai mata pelajaran yang menakutkan dan membosankan dalam kalangan murid. Satu projek inovasi melibatkan penggunaan 4 elemen iaitu permainan, cahaya, warna dan nombor telah dihasilkan melibatkan nombor 1 hingga 10. Inovasi tersebut dinamakan ‘Pokok TemPuNom’ yang dihasilkan oleh 4 orang guru yang berlainan bidang bagi membantu murid-murid khususnya Murid Berkeperluan Khas dan murid-murid pemulihan. Pokok adalah inovasi yang dihasilkan dari besi supaya memudahkan murid menampal emoji bermagnet, manakala TemPu ialah tempurung yang boleh dinyalakan dan Nom bermakna nombor.Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, murid berkeperluan pendidikan khas ertinya kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah yang telah dinyatakan. Berdasarkan Jabatan Pendidikan Khas (KPM,2008) pula murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. Walaubagaimanapun,mereka mempunyai tindak balas yang luar biasa terhadap 4 elemen tersebut.Ini kerana, inovasi ini menggunakan kaedah didik hibur yang menggabungkan teknik permainan bersama dengan elemen warna, cahaya dan nombor. Kaedah ini mengandungi pelbagai aktiviti bermain dan memberi kesan yang baik kepada murid bukan sahaja dari sudut kognitif, malah ia juga memberi impak yang besar terhadap afektif dan psikomotor dimana mereka perlu meneka,mengira dan menyelesaikan operasi mudah Matematik melibatkan nombor 1 - 10.