PRO286: DCBox

SITI NURFATHIN BINTI ISMAIL KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 44 Views | 135 times | LS: 135.0
Like it? | Support them now!

DCBox adalah satu inovasi alat radas yang digunakan dalam kelas amali pelajar untuk Eksperimen “Reactions of Aliphatic and Aromatic Hydrocarbons” .Berdasarkan pemerhatian ,kami dapati pelajar mengambil masa yang lama untuk mencari ruang gelap bagi mencapai objektif pembelajaran .Berfokus kepada penciptaan ruang gelap, kami menghasilkan DCBox bagi memudahkan pelajar menjalankan eksperimen. DCBox dihasilkan menggunakan material “acrylic” iaitu bahan tahan lasak dan kalis air. Ciri-ciri DCBox yang ringan, kecil, tahan lasak dan arahan penggunaan yang mudah difahami menyebabkan inovasi DCBox adalah selari dengan pembelajaran mudah capai dan inklusif. Ini bermakna DCBox adalah sesuai digunakan untuk semua pelajar termasuk pelajar berkeperluan khas.