PRO186: MODEL ROTATION KIT

SURAYA BINTI MOHAMED SABRI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO HAMZAH

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0741 | 4 Likes | 54 Views | 66 times | LS: 70.3
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mereka bentuk alat sokongan yang dapat membantu meningkatkan minat dan penguasaan kemahiran dalam menentukan pembentukan imej dan koordinasi imej berdasarkan sudut dan arah putaran yang telah ditetapkan di kalangan murid Tingkatan 2 dalam mata muridan Matematik. Masih terdapat ramai lagi murid yang tidak dapat memahami konsep putaran dengan baik terutamanya meraka yang berpencapaian sederhana dan lemah. Kaedah sedia ada yang digunakan kurang berkesan dalam membantu murid menvisualisasikan pembentukan imej menyebabkan murid tidak dapat menguasi dan mengingati dengan baik. Kaedah alternatif yang diperkenalkan dalam kajian ini ialah dengan membangunkan Model Rotation Kit sebagai alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) untuk meningkatkan penguasaan murid secara ‘hands on’. Metodologi kajian menggunakan Model ADDIE sebagai dasar dalam mereka bentuk dan membina Model Rotation Kit. Penggunaan model ini telah menunjukkan peningkatan minat dan penguasaan murid dalam menentukan pembentukkan imej serta koordinat imej dengan lebih baik pada sudut dan arah yang telah ditetapkan. Dapatan daripada pemerhatian, temubual dan kaedah rawatan kepada murid menunjukkan peningkatan jumlah markah keseluruhan murid yang menjawab dengan tepat iaitu hampir 90% murid mendapat markah melebihi 3 markah daripada 5 soalan yang diuji. Dapatan daripada temu bual bersama guru menunjukkan model ini banyak membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia mengambil masa yang lebih cepat untuk murid menguasai konsep putaran.