PRO1142: EPAS

Rokiah Binti Kadir Sekolah Kebangsaan Mukah

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0612 | 3 Likes | 49 Views | 62 times | LS: 65.2
Like it? | Support them now!

Kumpulan MAHARDIKA telah memilih projek inovasi penyampaian perkhidmatan di bawah kategori penambahbaikan. Permasalahan dalam pelaporan aktiviti sekolah menjadikan pendokumentasian pelaporan aktiviti sekolah menjadi tidak sistematik. Melalui kaedah 'brainstorming', kumpulan mendapati cara pelaporan sedia ada yang digunakan oleh pihak sekolah dilihat menyukarkan pihak pengurusan sekolah untuk mengumpul laporan aktiviti mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Dengan menggunakan kaedah SMART, kumpulan telah menganalisa punca masalah. Di antaranya ialah laporan dalam bentuk fizikal, keciciran laporan yang telah disiapkan dan format laporan yang tidak seragam. Pelaporan aktiviti dalam bentuk fizikal dilihat tidak mesra pengguna, menyukarkan dan menyusahkan pengguna di samping memberi kesan yang kurang baik kepada pihak jabatan. Kesinambungan dari masalah tersebut, kumpulan telah memilih kaedah 5W + 1H untuk mensintesis permasalahan yang dihadapi oleh warga sekolah dalam membuat pelaporan aktiviti sekolah. Terdapat 2 solusi yang ditemui hasil daripada soal selidik yang dijalankan. Melalui solusi tersebut, satu kaedah penyelesaian telah dipilih bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi iaitu dengan membangunkan satu aplikasi yang dinamakan ePAS (e Pelaporan Aktiviti Sekolah) yang bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah termasuk Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) melaporkan aktiviti yang telah dijalankan. Hasil daripada penggunaan aplikasi ePAS, kumpulan mendapati pendokumentasian dan pelaporan aktiviti sekolah menjadi lebih sistematik. Ianya telah memberi impak kepada jabatan di mana pihak sekolah dapat menjimatkan masa, kos, meningkatkan kualiti dan produktiviti, meningkatkan imej dan menjimatkan ruang di pejabat. Kini, seluruh warga sekolah dapat melapor dan melihat semua aktiviti sekolah yang telah dijalankan dengan hanya di hujung jari. Aplikasi ePAS telah digunakan di aliran perdana, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Prasekolah dan PIBG.