PRO1107: COOKIES OREN BUN (‘COB’)

ENCIK MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 61 times | LS: 61.0
Like it? | Support them now!

Cookies Oren Bun (COB) merupakan cookies yang dihasilkan daripada bun iaitu roti atau dikenali sebagai roti kering. Cookies Oren Bun diinspirasikan dari kulit limau yang diadunan bersama doh roti. Kami menginovasikan produk ini untuk menarik perhatian masyarakat supaya dapat menerima rasa kulit limau di dalam cookies. Cookies yang dihasilkan ini dalam kategori hardcookies. Kulit limau terdapat beberapa khasiat iaitu sangat membantu dalam mengurangkan masalah sembelit. Ia juga membantu dalam mengurangkan gas, pedih ulu hati dan muntah. Ia juga dapat membantu fungsi hati. Kulit oren membantu menghilangkan kahak dan kemudian mengubati asma. Cookies oren bun sesuai dimakan bila-bila masa sahaja dan senang dibawa kemana-mana termasuk majlis Hi-Tea. COB ini boleh dimakan oleh semua peringkat umur bermula dari peringkat sekolah rendah hingga warga emas. Objektif inovasi ialah untuk memperkenalkan produk baharu menggunakan kulit limau dalam adunan doh roti dan dijadikan cookies pada produk akhir. Bagi menilai penerimaan masyarakat tentang keunikan produk ini. Selain itu, mempelbagaikan kegunaan kulit limau dan isi limau dalam campuran bahan masakan bakeri.