PRO1021: Smart Kids Jahiar

MUHAMMAD 'AIZAT BIN ANWAR APANDI SK Cheng Melaka

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 34 Views | 91 times | LS: 91.0
Like it? | Support them now!

Permasalahan murid sekolah rendah dan prasekolah terhadap kemahiranmenulis sememangnya bukanlah isu asing dalam pendidikan masa kini.Namun begitu, masalah penulisan dalam mata pelajaran Pendidikan Islamdan Bahasa Arab sering kali kurang diberi perhatian dalam penyelidikanguru di sekolah sama ada untuk melakukan kajian tindakan. Oleh itu,masalah yang berlaku kepada sebahagian murid sekolah rendah dalam membentuk huruf jawi mahupun huruf hijaiyah telah mengundang permasalahan yang lebih serius apabila minat belajar murid kepada subjek tersebut turut terjejas. Sehubungan dengan itu, suatu idea kreativiti telah dicetuskan oleh pengkaji dalam menghasilkan sebuah inovasi dalam bentuk intervensi, pengukuhan dan pemulihan asas menulis kepada bidang Jawi, Bahasa Arab dan al Quran khususnya melibatkan huruf-huruf hijaiyah dan jawi. Pendekatan yang diusahakan melalui inovasi yang diberi nama Smart Kids Jahiar adalah menekankan aspek pembelajaran terbeza. Murid yang lemah diberikan aktiviti yang bercorak intervensi menulis bentuk huruf yang betul. Murid yang sederhana pula diberikan aktiviti membina perkataan suku kata, satudan dua suku kata terbuka serta tertutup yang mudah. Akhir sekali, bagi murid yang pandai dan menguasai asas akan diberikan aktiviti bercorakkan Bingo yang diberi nama Najah. Murid dirangsang minat belajar dan berfikir secara kritis untuk membina perkataan daripada huruf -huruf tunggal yang dipilih berserta huruf vokal (alif, wau dan ya) diberikan terlebih dahulu. Di samping itu, penerangan dan panduan kepada pelaksanaan inovasi Smart Kids Jahiar turut disediakan, Manakala gamifikasi dan latihan kuiz Quiziz menambahkan minat murid untuk mendalami asas jawi, bahasa arab dan iqra’. Inovasi ini juga mempunyai kelebihan selain yang disebutkan iaitu membaca Iqra’ secara pantas dengan betul. Secara tidak langsung murid yang terlibat boleh kuasai bacaan iqra’ 1 hingga 6 dalam masa singkat. Tambahan pula, dalam menerapkan aspek STEM dalam inovasi ini, pembangunan