MUHAMAD ADIEL HAKIM BIN JOHARI KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG
T
Kekurangan kemudahan basuh tangan yang bersih dan praktikal di kawasan tanpa sinki tetap seperti majlis kenduri, tapak bazar dan premis perniagaan kecil sering menjadi masalah, terutamanya dari segi kebersihan, pembaziran air dan risiko sentuhan permukaan yang boleh menyebarkan kuman. Oleh itu, projek ini dilaksanakan bagi mereka bentuk dan membangunkan sebuah Mesin Basuh Tangan Automatik yang beroperasi secara tanpa sentuhan serta mudah alih. Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan sistem kawalan automatik yang mampu mengesan kehadiran tangan menggunakan sensor inframerah dan mengaktifkan pam air secara automatik. Selain itu, projek ini turut bertujuan membangunkan sistem pemantauan paras air bagi mengesan tahap minimum dan maksimum air dalam tangki. Kaedah yang digunakan melibatkan proses mereka bentuk sistem, pemasangan komponen perkakasan seperti sensor inframerah, pam air, pengesan paras air dan sistem kawalan, diikuti dengan pengaturcaraan serta pengujian prestasi sistem. Pengujian dijalankan bagi menilai jarak pengesanan sensor dan keberkesanan sistem pemantauan paras air. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sistem berjaya beroperasi secara automatik tanpa sentuhan dengan tindak balas yang memuaskan. Sensor inframerah dapat mengesan kehadiran tangan dalam julat yang ditetapkan, manakala sistem paras air berfungsi dengan baik melalui lampu penunjuk dan buzzer sebagai amaran. Kesimpulannya, projek ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan berpotensi digunakan secara meluas di kawasan tanpa kemudahan sinki tetap bagi meningkatkan tahap kebersihan serta menjimatkan penggunaan air.