KVN336: BATA PENGUNCI RINGAN DENGAN BAHAN TAMBAHAN POLISTIRENA

NUR SHAHILA BINTI HAMID KOLEJ VOKASIONAL KULIM

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Projek ini bertujuan untuk membangunkan dan mengkaji penggunaan blok bata pengunci berasaskan polistirena sebagai alternatif bahan binaan yang lebih ringan, ekonomik dan mesra pengguna dalam industri pembinaan. Blok ini direka dengan sistem penyambungan yang saling mengunci bagi membolehkan pemasangan dilakukan dengan lebih cepat dan kemas tanpa kebergantungan sepenuhnya kepada mortar. Kaedah pembinaan konvensional menggunakan blok bata biasa memerlukan masa pemasangan yang lebih lama, penggunaan mortar yang banyak serta lebih berat. Oleh itu, rekabentuk pengunci dan bahan tambahan polistirena digunakan bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut. hasil dapatan kajian melalui 3 ujian iaitu kekuatan mampatan, perbandingan berat dan masa mendapati bata pengunci ini mampu menjimatkan masa pemasangan dan mengurangkan pembaziran sisa binaan bagi menyokong amalan pembinaan yang lebih lestari. Secara keseluruhan, produk ini berpotensi untuk diaplikasikan dalam pembinaan bagi struktur yang tidak menanggung beban.