YIN46: DALORES

NURATHIRAHNAJWA BINTI SAHARI KOLEJ VOKASIONAL MIRI

Dalores (Dadu Lorekan Set) ialah inovasi berasaskan bahan kitar semula bagi membantu 24 pelajar Teknologi Komputer menguasai topik Set secara konkrit. Berlandaskan Teori Konstruktivisme, kaedah didik hibur ini berjaya meningkatkan pencapaian ujian daripada 36% kepada 79%.

Keberkesanannya terbukti apabila PNGK kelas meningkat drastik (2.06 ke 3.44), mencapai kadar lulus 100%, dan 11 pelajar memperoleh gred A/A-. Soal selidik mencatatkan skor tinggi (4.3-4.7), mengesahkan peningkatan minat dan keseronokan pelajar. Menyokong SDG 4, inovasi ini turut diperluas melalui perkongsian video digital, menjadikannya model pembelajaran yang lestari, inklusif, dan berimpak tinggi