JIN740: RODA JODOHKU

NUR QASEH QAISARA BINTI AHMAD SOFIAN SK PULAU TIGA KIRI

Roda Jodohku merupakan alat pembelajaran berunsur permainan bahasa, yang berbentuk roda putaran, yang menekankan kemahiran murid dalam menjodohkan penjodoh bilangan dengan kata nama yang sesuai secara interaktif dan menyeronokkan. Ianya direka agar murid seperti kami dapat menguasai kemahiran mengenalpasti penjodoh bilangan mengikut kata nama, sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid. Inovasi yang direka cipta ini dibina dengan harapan yang tinggi iaitu agar murid lebih memahami dan boleh memadankan penjodoh bilangan dengan objek melalui aktiviti permainan. Tidak dinafikan, melalui inovasi yang berunsur permainan ini, ianya mampu meningkatkan minat dan motivasi kami dalam penggunaan penjodoh bilangan, di samping melatih murid berfikir secara kritis. Penghasilan inovasi ini menggunakan bahan yang perlu dibeli, bahan terpakai dan mudah didapati. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Oleh itu, kami berpendapat dengan penggunaan Kaedah ‘Roda Jodohku; yang juga merupakan bahan bantu belajar dapat membantu murid-murid seperti kami dan rakan-rakan menguasai kemahiran mengenalpasti penjodoh bilangan dengan jayanya.