KVN876: IT Zone : Marketplace Barangan IT Preloved

MOHAMAD DANEAL BIN MOHAMMAD SALLEH Kolej Komuniti Gopeng

Projek IT Zone merupakan pembangunan sebuah laman web marketplace yang memfokuskan kepada jual beli barangan teknologi dan peralatan IT sama ada baharu atau terpakai. Projek ini dibangunkan bagi mengatasi kekurangan platform khusus yang menumpukan kepada komponen komputer, di samping membantu penjual menguruskan produk secara lebih sistematik dan memudahkan pembeli mendapatkan maklumat produk yang tepat dan berpusat. Sistem ini melibatkan tiga jenis pengguna utama iaitu pentadbir, penjual dan pembeli yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri seperti pengurusan akaun, pengesahan produk serta urusan jual beli. Pembangunan projek menggunakan model Agile yang menekankan pendekatan iteratif dan fleksibel melalui beberapa fasa pembangunan berulang bagi memastikan sistem memenuhi keperluan pengguna. Dengan penggunaan teknologi seperti HTML, CSS, JavaScript, PHP dan MySQL, projek ini dijangka dapat menyediakan platform yang mesra pengguna, efisien dan selamat. Selain itu, projek ini turut menyumbang kepada amalan penggunaan semula barangan IT, sekali gus mengurangkan pembaziran dan menyokong kelestarian alam sekitar.