MUHAMMAD IZZAT AMSYAR BIN AZEHAR SMK SUNGAI LAYAR
Projek Smart Park System (SPS) merupakan satu inovasi STEM yang dibangunkan bagi menangani isu pengurusan parkir secara lebih sistematik dan cekap. Sistem ini menggunakan pengaturcaraan Arduino, sensor dan komponen elektronik untuk mengesan kehadiran kenderaan serta memaparkan status ruang parkir secara automatik. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek, murid mengaplikasikan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam situasi sebenar. SPS bukan sahaja membantu menjimatkan masa dan mengurangkan kesesakan parkir, malah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kreativiti serta literasi teknologi murid selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.