Mohd Shukri Bin Martius Kolej Vokasional Slim River
Inovasi ini membangunkan sistem pengangkat dan pemegang paip mudah alih bagi menangani isu pengendalian paip yang berat, tidak stabil dan berisiko tinggi semasa kerja fabrikasi serta pemasangan. Reka bentuknya menggabungkan fungsi mengangkat, menstabilkan, memegang paip pada posisi tertentu dan memudahkan pergerakan di tapak kerja dalam satu sistem yang praktikal. Produk ini mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia, meningkatkan keselamatan operator, mempercepat proses kerja dan menambah ketepatan pengendalian paip. Inovasi ini sesuai digunakan di bengkel dan lokasi kerja sebenar kerana kukuh, mudah dialihkan, mesra pengguna serta berpotensi diperluas untuk aplikasi industri logam dan pembinaan.