KVN1257: EASY CHAIR LIFTER SEMI AUTO
Nurain Faqihah Binti Kamaruzaman KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA
Projek ini bertujuan membangunkan Easy Chair Lifter Semi Automatic bagi memudahkan proses mengangkat dan memindahkan kerusi di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Kaedah konvensional yang menggunakan tenaga ramai didapati memakan masa, meletihkan dan berisiko menyebabkan kecederaan. Oleh itu, sebuah troli separa automatik berasaskan motor DC direka dan dibina menggunakan kaedah kimpalan serta bahan ringan yang kukuh. Metodologi melibatkan perancangan reka bentuk, pemilihan bahan, proses fabrikasi dan pengujian. Hasil kajian menunjukkan alat ini mampu meningkatkan kecekapan kerja, menjimatkan masa serta mengurangkan tenaga kerja kepada seorang pengguna sahaja, di samping meningkatkan keselamatan semasa operasi dijalankan.