SHARIF ISYRAF AR NAQIM BIN SHARIF OMAR SEKOLAH KEBANGSAAN PAYANG
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Payang yang dihasilkan oleh murid Tahun 5 Bijak bagi menilai keberkesanan inovasi CoS. Buddy (Comic Study Buddy) dalam meningkatkan penguasaan topik Pembentukan Malaysia dalam subjek Sejarah. Isu utama yang dikenal pasti ialah murid menghadapi kesukaran memahami fakta sejarah yang melibatkan idea pembentukan, langkah-langkah, tokoh serta negeri-negeri yang terlibat. Pendekatan pengajaran tradisional yang berasaskan hafalan didapati kurang berkesan dan tidak mampu menarik minat murid. Sehubungan itu, inovasi CoS. Buddy diperkenalkan dengan mengintegrasikan penggunaan komik interaktif digital melalui aplikasi ChatGPT dan Canva. Kaedah ini membolehkan murid menghasilkan komik berdasarkan kandungan pembelajaran, sekali gus membantu mereka memahami konsep secara visual, kontekstual dan kreatif. Pelaksanaan inovasi ini menggunakan pendekatan Kitaran PDCA bagi memastikan proses PdPc berjalan secara sistematik dan berkesan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan dari segi kefahaman, minat dan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Sejarah. Murid juga menunjukkan peningkatan dalam kemahiran berfikir aras tinggi serta literasi digital. Kesimpulannya, inovasi CoS. Buddy berpotensi sebagai kaedah alternatif yang efektif dalam meningkatkan kualiti PdPc dan pencapaian murid, selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.
Kata kunci: komik interaktif, pembelajaran Sejarah, inovasi pendidikan, pembelajaran digital, PdPc berkesan