KVN1261: SERUNDING KULIT NANAS SISIK IKAN

AAREEZ ADAM BIN DOUGLAS KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.1250 | 1 Likes | 8 Views | 1 times | LS: 2.1
Like it? | Support them now!

ABSTRAK

Produk Serunding Kulit Nanas dan Sisik Ikan merupakan sejenis makanan sampingan yang sedia untuk dimakan (ready-to-eat). Produk ini dihasilkan berasaskan bahan yang kurang dikomersialkan dan kurang dimanfaatkan, iaitu kulit nanas dan sisik ikan. Kedua-dua bahan ini sering dianggap sebagai sisa makanan kerana kurangnya pendedahan tentang khasiatnya, sedangkan ia mengandungi nutrien seperti zat besi dan kolagen yang bermanfaat kepada kesihatan.

Kajian ini dijalankan bagi mengurangkan pembaziran sisa makanan, khususnya kulit nanas dan sisik ikan, dengan menukarkannya kepada produk bernilai tambah. Kaedah kajian melibatkan penyelidikan literatur, eksperimen penghasilan serbuk perisa, serta pengedaran soal selidik kepada responden bagi menilai tahap penerimaan pengguna terhadap produk ini.

Kajian kuantitatif telah dijalankan menggunakan Google Form, dan data yang diperoleh dianalisis melalui carta pai untuk menilai maklum balas berkaitan aspek rasa, aroma, tekstur dan keseimbangan perisa. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menerima baik produk makanan sedia untuk dimakan ini sebagai alternatif hidangan sampingan yang ringkas, mudah disediakan dan bebas daripada bahan pengawet.

Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikan, antaranya pemilihan kaedah pengeringan yang lebih efektif, variasi reka bentuk pembungkusan, serta pelaksanaan strategi pemasaran digital bagi meningkatkan daya saing produk di pasaran. Secara keseluruhannya, projek ini membuktikan bahawa serunding berasaskan kulit nanas dan sisik ikan mempunyai potensi komersial sebagai produk inovasi berasaskan bahan tempatan yang menyokong kelestarian makanan.

Kata kunci: Serunding Sisik ikan kulit nanas, produk semula jadi, inovasi makanan