MUHAMMAD AKMAL BIN AZRUL KOLEJ VOKASIONAL KULIM
Projek ini membincangkan pembangunan kotak bungkusan pintar yang dinaik taraf dengan integrasi sumber kuasa mini solar serta sistem kad RFID. Tujuan projek adalah meningkatkan kecekapan tenaga, keselamatan dan kemudahan penggunaan dalam penyimpanan bungkusan. Mini solar berfungsi sebagai sumber tenaga alternatif yang mengurangkan kebergantungan kepada bekalan elektrik utama serta menyokong teknologi hijau. Sistem RFID membolehkan pengesahan identiti pengguna secara automatik dan selamat. Projek ini melibatkan reka bentuk litar kuasa, pemilihan modul RFID serta pembangunan atur cara mikropengawal. Hasil ujian menunjukkan sistem mampu beroperasi menggunakan tenaga solar dengan cekap serta meningkatkan keselamatan bungkusan. Projek ini menghasilkan sistem penyimpanan yang praktikal, lestari digunakan.