YIN412: EduCode

NUR ALYA MAISARA BINTI MOHD ASMARUDIN SMK HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

EduCode ialah satu inovasi gamifikasi pembelajaran interaktif yang dibangunkan untuk membantu murid sekolah menengah mengenali dan memahami simbol dalam topik teori set. Inovasi ini lahir daripada pemerhatian bahawa ramai murid menghadapi kesukaran mengenal pasti simbol asas seperti set semesta, set kosong, subset, unsur, kesatuan dan persilangan yang mengganggu kefahaman mereka terhadap topik teori set secara menyeluruh. EduCode dibina menggunakan code html dan merangkumi tiga tahap pembelajaran iaitu Pengenalan, Kenal Pasti dan Kuiz Set. Hasil dapatan kajian melalui ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peningkatan prestasi yang amat memberangsangkan, dengan peningkatan markah sebanyak 33% hingga 75%. Dalam pada itu, hasil dapatan soal selidik menunjukkan bahawa majoriti murid berpendapat EduCode merupakan suatu gamifikasi pembelajaran yang menyeronokkan, mudah akses dan dapat membantu murid mengingat simbol serta memahami konsep asas teori set. Inovasi ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar semasa PdPc, PdPR mahupun flip classroom. Besar harapan agar inovasi ini dapat dimanfaatkan secara meluas dalam sektor pendidikan.