NUR ALISYA SYAMIRA BINTI MOHD AZRI KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
Projek inovasi ini dijalankan bagi menangani isu kurangnya minat masyarakat terhadap makanan berasaskan bunga serta kekurangan produk pencuci mulut berasaskan bahan semula jadi seperti bunga raya di pasaran. Selain itu, tahap kesedaran masyarakat mengenai khasiat bunga raya juga masih rendah, menyebabkan pengguna cenderung memilih perisa biasa berbanding produk inovatif tempatan. Sehubungan itu, projek ini bertujuan menghasilkan inovasi aiskrim bunga raya yang sedap, menarik serta berkhasiat sebagai alternatif pencuci mulut yang unik dan sihat.
Bunga raya dipilih kerana kaya dengan antioksidan serta mengandungi vitamin C yang berpotensi membantu meningkatkan kesihatan, termasuk mengawal tekanan darah, menyokong kesihatan jantung dan bertindak sebagai pelawas semula jadi. Aiskrim HibisCool dihasilkan menggunakan bahan semula jadi seperti bunga raya dan madu kelulut. Bahan tambahan seperti susu penuh krim, yogurt Greek dan whipping cream digunakan bagi meningkatkan rasa, tekstur serta nilai pemakanan produk.
Hasil pengujian mendapati tekstur aiskrim yang dihasilkan adalah lembut dan berkrim, Selain itu, produk ini juga berpotensi memberi manfaat kepada individu yang mengalami sakit tekak kerana teksturnya yang lembut dan menenangkan.
Kesimpulannya, inovasi aiskrim bunga raya ini berpotensi untuk dipasarkan sebagai pencuci mulut berasaskan bahan semula jadi yang sihat dan unik, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap khasiat bunga tempatan.