MUHAMMAD AKID YAZDAN BIN HASHIM Kolej Vokasional Klang
Pelajar mengambil masa yang lama untuk menguji dan mengukur aras pugak dan rata. Keadaan ini menyebabkan pelajar sukar menjalankan kerja menguji yang menggunakan banyak alat pengujian pada satu masa untuk menguji pugak dan rata serta mengukur sudut 90°, 45° dan 180°. Projek ini bertujuan menghasilkan produk inovasi yang dinamakan Universal Spirit Level Pro berasakan Hollow Bar. Reka bentuk produk yang unik dan menarik dihasilkan menggunakan aplikasi ‘SketchUp’ bagi mengatasi masalah kajian. Pelaksanaan pembangunan projek adalah berpandukan fasa pembangunan reka bentuk Model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu Analysis (mengenal pasti bahan dan kos), Design (mereka bentuk projek), Development (membangunkan produk berdasarkan reka bentuk yang dihasilkan), Implemantation (menggunakan produk) dan Evaluation (menilai keberkesanan produk dalam menyelesaikan masalah kajian). Penyelidik telah menjalankan soal-selidik menggunakan ‘Google Form’ untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan produk dianalisis berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Seramai 26 orang pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang dan terlibat sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap produk inovasi Universal Spirit Level Pro. Dapatan ini memberikan implikasi bahawa penghasilan produk inovasi ini berjaya mencapai objektif kajian dalam menyelesaikan masalah kajian. Dicadangkan untuk penambahbaikan bagi kajian seterusnya, Menggantikan bubble dengan versi yang lebih moden atau yang lebih berketepatan tinggi supaya dapat ukuuran yang lebih tepat.