PRN581: Hi-5 CHEM TEST

NOORSYAHIRAH BINTI MOHD NOOR KPM-Guru SMK COCHRANE

Inovasi Hi-5 Chem Test merupakan satu inovasi pengajaran dan pembelajaran yang direkabentuk menggunakan kaedah mnemonik jari bagi membantu murid mengingat ujian pengesahan kation dan anion menggunakan reagen larutan Natrium hidroksida dan larutan Ammonia dalam Bab 6 Kimia Tingkatan 4. Kajian ini melibatkan 21 orang murid yang dikenal pasti menghadapi kesukaran mengingat  ujian bagi ion, reagen yang digunakan, pemerhatian dan kesimpulan ujian. Intervensi dilaksanakan dengan memetakan setiap ujian kepada jari tangan kanan dan kiri bagi merangsang ingatan visual dan kinestetik murid. Data dikumpul melalui pemerhatian, analisis latihan dan ujian murid. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara apabila 19 daripada 21 murid berjaya menjawab soalan berkaitan ujian pengesahan dengan betul selepas intervensi dijalankan. Kesimpulannya, kaedah Hi-5 Chem Test berjaya meningkatkan daya ingatan, kefahaman dan keyakinan murid serta berpotensi dijadikan inovasi PdPc Kimia yang berkesan dan praktikal.