JIN589: DURIPLANET

AKIF ZAFRY BIN MOHD ZAMRI SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT

Kelestarian untuk Alam Sekitar dari Alam Sekitar menumpukan kepada penggunaan semula sisa kulit durian bagi menghasilkan filamen pencetak 3D yang mesra alam. Di Malaysia, kulit durian sering dibuang sebagai sisa pepejal yang menyumbang kepada pencemaran dan pembaziran sumber. Projek ini bertujuan menukarkan sisa tersebut kepada bahan bernilai melalui teknologi pembuatan moden. Kaedah melibatkan pengumpulan, pembersihan, pengeringan dan pengisaran sebelum dicampurkan dengan polylactic acid (PLA) dan diproses menggunakan mesin extruder. Hasil menunjukkan filamen yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai aplikasi. Inovasi ini berpotensi mengurangkan sisa, menyokong ekonomi kitaran, serta membuka peluang komersial bagi bahan lestari berprestasi tinggi secara berkesan.