MUHAMMAD MUHAIMIN BIN MUHAMMAD SYAHID KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Inovasi ABBAD 2.0 diperkenalkan di Kolej Vokasional Miri bagi meningkatkan penguasaan topik Asas Nombor dalam kalangan 211 pelajar SVM. Menggunakan pendekatan alat bantu belajar konkrit, pembelajaran aktif serta permainan peranan, intervensi ini berjaya mengatasi prestasi rendah semester sebelumnya. Hasil kajian menunjukkan impak luar biasa: skor kefahaman meningkat kepada 84%, kadar lulus melonjak drastik kepada 95.7%, dan PNG menaik kepada 3.13, menjadikan kohort ini terbaik dalam tempoh lima tahun. Selain meningkatkan keyakinan dan keseronokan pelajar, seramai 130 pelajar menerima Anugerah Peningkatan. Kejayaan ABBAD 2.0 membuktikan potensinya untuk dikembangkan ke topik lain demi kelestarian kecemerlangan akademik