KVN1038: ECO-B ALMA

IMAN HARITH BIN SHAHARUL NIZAM KOLEJ VOKASIONAL KANGAR

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 4 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

EcoBLOK Alternatif Landskap Mesra Alam (EcoB-ALMA) ialah inovasi mesra alam dalam bidang landskap yang menggunakan campuran simen, kertas terpakai, dan cocopeat untuk menghasilkan blok landskap yang mampan. Dengan peningkatan kesedaran tentang perubahan iklim, inovasi ini menyediakan penyelesaian lestari bagi industri landskap. Objektif utama EcoB-ALMA ialah untuk menyediakan alternatif blok landskap yang lestari dan mudah dihasilkan oleh komuniti, menggantikan blok konvensional yang menyumbang kepada karbon dan sisa pepejal yang tinggi. Melalui penggunaan bahan kitar semula, EcoB-ALMA memanfaatkan sumber sedia ada, mengurangkan pergantungan terhadap bahan mentah baharu, dan menawarkan blok tahan lama yang mudah dipasang dan memerlukan penyelenggaraan minimum. Ujian mini model menunjukkan keupayaan blok ini untuk bertahan dalam pelbagai cuaca, menjadikannya alternatif yang berkesan. Reka bentuk dan bahan asas EcoB-ALMA juga memudahkan penghasilan semula projek ini di pelbagai kawasan dengan kos minimum, menjadikannya sesuai untuk pelaksanaan meluas. Inovasi ini bukan sahaja menggalakkan kitar semula tetapi juga dapat melibatkan komuniti secara langsung, dengan projek perintis berpotensi dijalankan di taman komuniti untuk meningkatkan kesedaran kitar semula. Di masa hadapan, EcoB-ALMA berpotensi untuk diaplikasikan dalam landskap bandar, taman rekreasi, dan projek pembangunan hijau yang lebih besar untuk memberi impak lestari yang lebih luas. 

Kata kunci: EcoBLOK, mesra alam, landskap, lestari.