JIN969: SAVO'N

AWWAL IMRAN BIN AEROL IZADZ SEKOLAH KEEBANGSAAN AGAMA MIRI SARAWAK

Lima murid Tahun 4 SK Agama Miri menghasilkan SAVON, sabun cecair daripada minyak masak terpakai bagi mengekang penularan influenza. Inovasi berkos RM0 ini menggunakan konsep kitar semula sepenuhnya; dana bahan dibiayai hasil jualan tin aluminium manakala produk diisi dalam botol plastik terpakai. Melalui proses saponifikasi, keberkesanan SAVON terbukti menerusi ujian pH 9 dan ujian roti yang menunjukkan keupayaan membasmi kuman setanding sabun komersial. Soal selidik mendapati 97% responden mengakui keberkesanannya membersih kotoran. Projek ini bukan sahaja menjamin kebersihan sekolah, malah berjaya memupuk budaya kelestarian alam sekitar secara berterusan