WAN AZMI BIN WAN JAFFAR SK KUALA PEGANG
Inovasi MATH-VERSE dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan Fakta Asas Matematik dalam kalangan 10 murid Tahun 5 UKM di SK Kuala Pegang. Analisis awal menunjukkan 72% murid gagal menguasai darab dan bahagi akibat kaedah konvensional. MATH-VERSE mengintegrasikan Gemini AI sebagai tutor digital dan gamifikasi berperingkat iaitu Pengintip Bijak, Bengkel Juara, Arena Keberanian dan Pertempuran Lagenda. AI menganalisis kesalahan dan menjana latihan bersasar. Ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan markah daripada 48% kepada 85% serta sifar kegagalan. Motivasi murid turut meningkat melalui sistem merit dan portfolio digital, membuktikan keberkesanan pembelajaran adaptif dan menyeronokkan sejajar pendidikan abad ke-21.