YIN720: SCENTED CANDLE

AMIERA ALISHA BINTI ZAHARI SMK DATO' AHMAD MAHER

Masalah kesihatan mental semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat, terutamanya remaja yang sedang melalui fasa perkembangan. Pengaruh media sosial seperti video dan gambar yang dilihat setiap hari boleh memberi kesan negatif terhadap emosi dan pemikiran mereka, seterusnya meningkatkan tahap tekanan dan gangguan mental. Justeru, inovasi ini memperkenalkan lilin beraroma (scented candle) sebagai satu alternatif terapi yang berpotensi membantu menenangkan minda dan mengurangkan tekanan. Penggunaan lilin beraroma dipercayai mampu memberi kesan relaksasi serta mengubah persepsi individu ke arah pemikiran yang lebih positif. Inovasi ini diharap dapat menjadi satu pendekatan sokongan dalam mengurangkan masalah kesihatan mental secara semula jadi tanpa kesan sampingan yang negatif.