KVN245: Smart Div-A

NUR HALWANI BINTI HASSAN IPG KAMPUS PERLIS

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Penguasaan konsep pembahagian dalam kalangan murid Tahun 3 sering menghadapi cabaran kerana kaedah pengajaran konvensional menyebabkan mereka hanya menghafal langkah tanpa memahami fungsinya. Untuk mengatasi masalah ini, satu pendekatan inovatif iaitu Smart Div-A (Smart Division Approach) telah dibangunkan bagi memudahkan pelajar memahami dan membezakan jawapan serta baki dalam setiap operasi pembahagian secara interaktif. Kajian lapangan melibatkan lima murid Tahun 3 menggunakan ujian sebelum dan selepas pelaksanaan Smart Div-A, serta maklum balas melalui temu bual dan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kefahaman konsep, ketepatan penyelesaian masalah dan keyakinan pelajar. Murid melaporkan pengalaman pembelajaran lebih menyeronokkan, interaktif dan mudah difahami berbanding kaedah tradisional, manakala guru mendapati pengajaran menjadi lebih berkesan dan terarah. Dapatan turut menunjukkan pengurangan kesilapan lazim seperti kekeliruan antara hasil bahagi dan baki. Selain itu, pelaksanaan Smart Div-A memberi penekanan kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang sistematik serta langkah penyelesaian yang jelas dan tersusun. Secara keseluruhannya, Smart Div-A membuktikan keberkesanannya dalam memudahkan pengajaran pembahagian melalui strategi interaktif dan berstruktur yang memenuhi keperluan pembelajaran murid sekolah rendah. Produk ini berpotensi meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar serta menyokong pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) dalam bilik darjah. Kata kunci: Smart Div-A, pembahagian, PAK 21, pembelajaran interaktif, transformasi pendidikan