YIN263: WHITE DRAGON BITES

NURUL AIN NAJIHAH BINTI MUSTAFA KAMAL KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Softcookie kulit buah naga merupakan satu produk inovasi makanan yang menggabungkan rasa enak, tekstur lembut dan 
nilai kesihatan dalam satu hidangan snek. Produk ini dihasilkan dengan mencampurkan serbuk kulit buah naga yang 
telah diproses ke dalam adunan biskut. Penggunaan kulit buah naga bukan sahaja memberikan warna semula jadi yang 
menarik, malah menambahkan kandungan serat dalam produk. Inovasi ini selaras dengan konsep kelestarian alam 
sekitar dan penggunaan sumber secara optimum bagi menghasilkan makanan yang lebih berkhasiat dan bernilai tambah