TS MOHAMAD RIDZUAN BIN KAMARUZAMAN KOLEJ TEKNOLOGI TERMAJU JABATAN TENAGA MANUSIA (ADTEC JTM) KAMPUS KEMAMAN
Kerja-kerja pemasangan besi tetulang ditapak bina dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam pelan rekabentuk. Besi tetulang akan dipotong besi mengunakan bar cutter. Seterusnya, kerja-kerja membengkok besi link akan dilakukan menggunakan bar bender. Selepas membengkok besi, pekerja buruh akan memasang besi link pada tetulang utama mengikut pelan. Besi link ini akan diikat menggunakan dawai besi. Peralatan untuk mengikat besi yang sering digunakan oleh pekerja ialah ngau. Apabila kerja–kerja besi dilakukan oleh pekerja buruh, sering terjadinya kesalahan apabila mengikat besi link pada tetulang utama. Kesalahan ini terjadi kerana kecuaian pekerja yang sering mengambil mudah dan pekerja yang tidak mahir melakukan kerja-kerja ini. Antara kesalahan dalam melakukan kerja mengikat besi adalah tidak mengikuti jarak yang telah ditetapkan di dalam pelan mengakibatkan jarak antara dua besi link tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Bagi membetulkannya, pekerja buruh akan memotong dawai besi yang telah diikat pada besi tetulang. Seterusnya, pekerja akan mencabut semula besi link pada besi tetulang dan mengikat semula besi mengikut jarak yang dikehendaki. Daripada permasalahan ini, maka terhasilah projek inovasi iaitu link bender. Link bender ini boleh digunakan untuk menambah besi link pada struktur yang telah siap diikat tanpa perlu mencabut besi link. Ini dapat menyelesaikan masalah yang berlaku lebih cepat berbanding dengan kaedah konvensional yang mengambil masa yang lama.