YIN663: SMART LASER SECURITY SYSTEM

MUHAMMAD IRFAN HARITH BIN MOHD HAFIZ SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU

Tajuk: Smart Laser Security System dengan Logik Pengesahan Modulas, 
Sistem keselamatan tradisional sering kali menghadapi cabaran dari segi kos yang tinggi atau kekerapan penggera palsu (false alarms). Projek ini bertujuan untuk membangunkan satu Sistem Keselamatan Laser Pintar yang lebih efisien dan sukar untuk dipintas berbanding sistem laser konvensional. Inovasi utama projek ini terletak pada penggunaan modulasi frekuensi cahaya dan integrasi sensor pelbagai lapisan untuk mengurangkan risiko sabotaj luar.
Metodologi pembangunan melibatkan penggunaan mikropengawal sebagai otak utama yang mengawal pemancar laser dan penderia Light Dependent Resistor (LDR). Tidak seperti sistem tripwire biasa, sistem ini menggunakan kod denyutan (pulse coding) di mana penggera hanya akan dinyahaktifkan jika penderia menerima frekuensi laser yang tepat. Sekiranya penderia dikesan menerima sumber cahaya asing atau berlaku gangguan pada jarak yang ditetapkan, sistem akan mencetuskan amaran serta-merta melalui bunyi siren berintensiti tinggi dan paparan visual.
Hasil ujian menunjukkan bahawa sistem ini berjaya membezakan antara pencerobohan sebenar dengan percubaan untuk melumpuhkan sensor menggunakan lampu suluh luar. Implikasi projek ini menawarkan penyelesaian keselamatan mampu milik namun berteknologi tinggi yang sesuai diaplikasikan di premis kediaman mahupun bilik darjah pintar, selaras dengan perkembangan teknologi.tract Here!