KVN1121: PENGHASILAN SET ALAT PENGARAS PELBAGAI PERMUKAAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR DI BENGKEL TEKNOLOGI PEMBINAAN

MUHAMMAD FITRI BIN ABDUL SAMAT KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0625 | 1 Likes | 16 Views | 2 times | LS: 3.1
Like it? | Support them now!

Projek ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan Kursus Kerja Projek (KKP) dengan tujuan mereka bentuk dan membangunkan satu set alat pengaras pelbagai permukaan. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan tahap ketepatan, kualiti dan keselamatan dalam pelaksanaan kerja amali di Bengkel Teknologi Pembinaan. Masalah utama yang dikenal pasti ialah ketiadaan alat pengaras yang sesuai dan bersifat pelbagai guna, yang menyebabkan kesukaran dalam memastikan keseragaman aras permukaan semasa kerja amali dijalankan. Keadaan ini memberi kesan terhadap ketepatan serta kualiti hasil kerja. Skop projek ini merangkumi proses perancangan reka bentuk, pemilihan bahan, pembinaan alat, ujian kefungsian serta penilaian keberkesanan alat pengaras yang dibangunkan. Kaedah pengujian dilaksanakan bagi menilai keupayaan alat tersebut dalam meningkatkan tahap ketepatan dan kecekapan semasa kerja amali dijalankan. Hasil projek menunjukkan bahawa set alat pengaras pelbagai permukaan yang dibangunkan dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Secara keseluruhannya, projek ini berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu melahirkan pelajar yang berkemahiran, kompeten dan bersedia menghadapi keperluan industri pembinaan.