AMJAD B. FUAD HILMI SMK DATO' AHMAD MAHER
Lalang (Imperata cylindrica) kaya dengan flavonoid, tanin & serat poros.Bahan-bahan semula jadi ini boleh menghasilkan penapis organik anti-bakteria dan penghilang bau dengan menggunakan ekstrak daun,akar dan bunga lalang yang mengandungi bahan aktif semula jadi seperti Imperanene bagi antimikrob, Cylindrin –anti-radang,Flavonoid & tanin yang dapat menyerap bau dan menyerap kekotoran serta Serat lalang dengan poros yang sesuai dijadikan medium penapis. Daun lalang yang digunakan dijadikan serbuk serat berpori yang berfungsi sebagai penapis mekanikal dan penyerap bau. Akar lalang yang digunakan pula berperanan sebagai ekstrak antibakteria semula jadi.Dan akhir sekali, bunga lalang akan berfungsi sebagai serat halus bagi anti-bau dan anti-kulat.Hasilnya ialah penapis semula jadi yang mampu menapis bau busuk, mengurangkan bakteria dan menapis kekotoran ringan.Objektif:Lalang pure sesuai sebagai penapis makanan (peti sejuk, tempat simpan ikan/daging),Membantu menyerap bau hanyir & bakteria.,Berfungsi sebagai penapis air ringan.,Menapis kotoran kasar, warna air dan bakteria ringan,boleh dijadikan penapis udara mini dan boleh diletakkan di dalam kereta, bilik, kasut, almari pakaian untuk menangani masalah-masalah.Metodologi:1.Cuci dan bersihkan daun lalang.Keringkan daun lalang dengan menjemurnya selama 2-3 hari dan kisarkan daun lalang yang telah dijemur. Ayak daun lalang supaya saiznya seragam.Daun lalang yang dihancurkan menjadi serbuk serat berpori yang akan menyerap bau dan kekotoran serta berfungsi sebagai lapisan penapis mekanikal.2.Rebus akar lalang selama 40 minit. Selepas proses merebus, sejukkan dan tapis ekstrak akar lalang tersebut. Ekstrak ini menghasilkan ekstrak pekat yang berfungsi sebagai antibakteria dan agen pembunuh bakteria semula jadi.3.Cuci dan bersihkan bunga lalang.Bunga lalang kemudian dikeringkan dengan dijemur selama 2-3 hari.Bunga lalang yang telah kering perlu dikisar.Ayak bunga lalang yang telah dikisar supaya saiznya seragama. Serbuk bungan lalang menghasilkan serat halus bagi anti-bau dan anti-kulat serta berfungsi sebagai penstabil bau dan penapis bahan kimia ringan. 4. Campurkan 40% serbuk daun Lalang,30% serbuk bunga Lalang dan 30% ekstrak akar Lalang. Gaulkan dan masukkan ke dalam acuan kemudian jemur 24 jam.Blok penapis keras organik akan terbentuk dan boleh digunakan.Keputusan:Kesannya bau hanyir ikan dan daging di dalam bekas dengan penapis lalang pure lebih berkurang.Air keruh pula akan berubah warna dan kekeruhan apabila ditapis dengan lalang pure.Bakteria pada ikan mentah akan berkurang selepas menggunakan penapis.Akhir sekali, penapis dapat bertahan selama sebelum rosak yang menunjukkan penapis lalang pure amat berguna.Konklusi:Konklusinya, penciptaan Lalang Pure bukan sahaja dapat menangani kesan buruk terhadap diri seperti bau busuk dan kehadiran bakteria, malahan ianya juga mampu untuk menjaminkan persekitaran yang bersih,selamat dan sihat kepada setiap individu.Dengan design dan bentuk yang sesuai, produk Lalang Pure boleh diakses dan digunakan oleh setiap individu untuk memperoleh kebaikan