KVN179: Lepax Eco

NUR'ATIKAH BINTI ABDUL RAHMAN KOLEJ VOKASIONAL KLANG

Projek ini membangunkan sebuah alat melepa jubin bagi membantu meningkatkan ketepatan, kekemasan dan kecekapan kerja melepa simen jubin dalam bidang Teknologi Pembinaan. Kerja melepa jubin memerlukan kawalan sapuan yang baik bagi memastikan lapisan simen disediakan secara rata dan seragam sebelum jubin dipasang. Namun begitu, kelemahan dari segi kemahiran dan penggunaan peralatan yang terhad sering menyebabkan permukaan simen tidak sekata, pembaziran bahan serta peningkatan masa kerja. Oleh itu, projek ini memberi tumpuan kepada reka bentuk dan pembangunan alat melepa jubin yang lebih sistematik melalui pemilihan bahan binaan yang sesuai, penggunaan perisian SketchUp dalam proses mereka bentuk, serta penghasilan prototaip alat. Alat yang dibangunkan ini juga berpotensi digunakan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi menyokong latihan amali pelajar Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Klang. Secara keseluruhannya, projek ini diharapkan dapat membantu pelajar menghasilkan lapisan simen jubin yang lebih rata, kemas dan konsisten, sekali gus meningkatkan kualiti kerja melepa jubin.