YIN1394: EggNa0

Nurul Nabila Huda Binti Mohd Azrul Shamsuri Kolej Vokasional Pasir Mas

Baja organik ini dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti kulit pisang, kulit oren, kulit telur dan sabut kelapa. Bahan-bahan ini dipilih kerana kaya dengan nutrien penting seperti kalium, kalsium dan serat yang membantu menyuburkan tanah serta meningkatkan pertumbuhan tanaman. Proses penghasilan melibatkan pengeringan dan pengisaran sebelum divakum untuk memastikan ketahanan dan kualiti produk lebih lama. Baja ini mesra alam, selamat digunakan dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman di rumah mahupun pertanian kecil.