YIN256: KAMUS KOSA KATA

MUHAMMAD AL-AMIN NAUFAL BIN FERDUES SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMERLOH

Type Your Abstract Here!

KAMUS KOSA KATA

ABSTRAK

Kamus Kosa Kata merupakan suatu inovasi yang dibangunkan khusus untuk membantu murid-murid bukan Melayu khususnya murid berbangsa Cina di seluruh negara yang mengalami masalah mengenal pasti makna bagi kosa kata sukar dan kekurangan kosa kata dalam lisan serta penulisan Bahasa Melayu. Objektif inovasi ini ialah agar murid dapat menyebut, membaca kata, frasa dan rangkai kata bahasa Melayu. Selain itu, murid dapat menambah perbendaharaan kata dalam bahasa Malaysia dan menyatakan makna kata dengan tepat. Inovasi Kosa Kata ini menggunakan  kaedah buku kosa kata berbentuk kamus bergambar. Dalam buku kosa kata yang dibangunkan terdapat 238 kosa kata yang sukar difahami maksudnya oleh murid. Kosa kata yang dipilih telah diberi makna dalam perkataan yang mudah difahami, di samping terdapat terjemahan bahasa Cina bagi kata tersebut dan disertai dengan makna dan gambar bagi memudahkan pemahaman murid. Pemilihan kosa kata sukar ini ialah secara rawak bertujuan melalui buku teks Bahasa Melayu Kelas Peralihan dan buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Satu yang disusun mengikut tema dan unit. Kesimpulannya buku Kosa Kata ini diharap dapat membantu menambah kosa kata dan pemahaman murid-murid bukan Melayu khususnya pelajar berbangsa Cina terhadap makna kata tersebut.

Kata kunci: Kosa Kata, tingkatan 1, buku teks, diagnostik, pra dan pasca