YIN730: THE BIOBOOSTERS: BAHAN BAKAR ETHANOL DARI HAMPAS TEBU

WAN MOHAMMAD SYAZLAN BIN WAN MOHD NASSIR SMK DATO' AHMAD MAHER

Projek ini dijalankan bagi menghasilkan bahan bakar etanol daripada hampas tebu sebagai alternatif kepada bahan api fosil. Hampas tebu dipilih kerana ia merupakan sisa pertanian yang banyak dihasilkan serta masih mengandungi kandungan gula yang sesuai untuk proses fermentasi. Proses penghasilan etanol melibatkan beberapa peringkat utama iaitu hidrolisis, fermentasi menggunakan yis dan penyulingan. Melalui kaedah ini, bioetanol berjaya dihasilkan dalam kuantiti yang boleh diuji. Hasil ujian pembakaran menunjukkan bahawa etanol daripada hampas tebu menghasilkan api yang stabil, kurang berasap dan lebih mesra alam berbanding bahan api konvensional. Kajian ini membuktikan bahawa sisa pertanian seperti hampas tebu berpotensi ditukar menjadi sumber tenaga boleh diperbaharui. Penggunaan bioetanol ini juga dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kebergantungan terhadap bahan api fosil.