RAWAHAH BATRISYIA BINTI ZULHILMI SMK DATO' AHMAD MAHER
Produk inovasi ini merupakan bijirin sarapan berasaskan pisang kering yang dicampurkan dengan bahan tempatan berkhasiat seperti pegaga dan ubi keledek. Bijirin ini mempunyai tekstur rangup seperti cornflakes, namun menjadi lembut apabila dimakan bersama susu segar, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. Objektif utama penghasilan produk ini adalah untuk membantu masyarakat mendapatkan sarapan yang mudah, cepat dan berkhasiat sebelum memulakan aktiviti harian seperti ke tempat kerja atau sekolah. Dari segi metodologi, pisang dikeringkan terlebih dahulu untuk menghasilkan perisa semula jadi, kemudian ditambah dengan sedikit perisa pisang bagi meningkatkan rasa. Seterusnya, pegaga dan bahan-bahan lain dicampurkan bersama air sebelum diproses dan dibakar di dalam ketuhar sehingga kering dan rangup. Kesimpulannya, produk ini bukan sahaja menawarkan alternatif bijirin yang sihat dan enak, malah berpotensi mengurangkan kebergantungan terhadap bijirin berasaskan jagung yang pengeluarannya terhad di Malaysia. Inovasi ini diharap dapat memenuhi permintaan pengguna terhadap makanan sarapan yang berkhasiat, mudah disediakan serta menggunakan sumber tempatan.