AHMAD AMIRUL HAKIEMI BIN AZHAR PENDIDIKAN
Ramai pengguna kenderaan ringan (kereta) mempunyai masalah pada tayar kenderaan disebabkan oleh kedudukan sudut bukaan tayar (camber) telalu besar. Untuk mengelakkan kerosakkan pada tayar kenderaan, perlu melakukan di lakukan penjajaran sudut (camber adjustment) tayar kenderaan. Car Camber Adjustment Tool yang sedia ada di pasaran menggunakan bubble level vial yang memberikan bacaan kurang tepat justeru menyebabkan pengguna berasa kurang yakin dengan nilai yang dilaraskan. Oleh itu, Digital Car Camber Adjustment Tool adalah penyelesaian kepada masalah bacaan sudut camber yang kurang tepat. Projek ini menggunakan gyro sensor bagi mengesan nilai sudut semasa dengan tepat dan nilai sudut tersebut dipaparkan pada paparan OLED bagi memudahkan pengguna memantau nilai sudut yang ingin dilaraskan. Tambahan pula, fungsi buzzer dipasang pada projek ini sebagai pemberitahu apabila sudut camber berada pada nilai sudut yang ditetapkan berbanding produk sedia ada yang perlu memantau kedudukan bubble level vial sepanjang proses pelarasan dijalankan.